Cat semula Flat Taman Free School

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

DATOK KERAMATSetelah 15 tahun, Flat Taman Free School bakal berwajah baru apabila kerja-kerja pengecatan semula melibatkan 15 blok dimulakan di sini baru-baru ini.

Kos keseluruhan projek adalah bernilai RM760,000 yang mana 90 peratus dibiayai Kerajaan Negeri manakala selebihnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Jagdeep berkata, sejak bangunan-bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1981, ianya hanya pernah dicat sebanyak dua kali dan kali terakhir adalah pada 1998.

“Kerja-kerja pengecatan bakal dijalankan syarikat PDC Nusabina Sdn. Bhd..

“Ia dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan kerana kita juga perlu mengambil kira prospek cuaca yang tidak menentu pada akhir-akhir ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pengecatan Semula Blok-blok Flat Taman Free School di sini baru-baru ini.