PBAPP laksana AIDAP kekalkan kapasiti Empangan Air Itam

Admin
6c5c25fd a293 4731 84f9 a9654cb1a627

GEORGE TOWN – Kapasiti air di Empangan Mengkuang dan Empangan Teluk Bahang  dilihat masih stabil walaupun Pulau Pinang dilanda cuaca panas kebelakangan ini.

 

c2f66d00 607e 4d89 b27d f1355fdb44e0

Sehingga hari ini, Empangan Mengkuang mencatatkan kapasiti efektif 89.4 peratus manakala Empangan Teluk Bahang pula berada pada tahap 81.6 peratus.

 

 

Walau bagaimanapun, kapasiti air di Empangan Air Itam tidak banyak menunjukkan perubahan berbanding minggu-minggu sebelum ini apabila berada pada tahap 36.6 peratus.

 

 

Melalui siaran media Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 17 Februari lalu, kapasiti efektif Empangan Air Itam berada pada paras 32.4 peratus.

 

 

 

Dalam mengekalkan kapasiti efektif sehingga menjelang musim hujan, PBAPP  melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) 2024 yang melibatkan empat langkah kontingensi.

 

 

 

Langkah-langkah tersebut termasuklah meminimumkan pelepasan air mentah  dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) daripada 75 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH.

 

 

Selain itu, PBAPP turut mengoptimumkan pengambilan air mentah dari muka sauk utama bagi mengurangkan penghasilan air terawat di LRA Air Itam pada 66 peratus dan mengepam 33 JLH dari LRA Sungai Dua  ke LRA Air Itam menggantikan kekurangan 33 JLH dalam aliran keluar air terawat LRA Air Itam.

 

 

 

Dalam satu kenyataan oleh PBAPP hari ini, PBAPP memaklumkan telah mengutus surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan proses pembenihan awan.

 

 

 

Buletin Mutiara diberitahu, pembenihan awan hanya boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian awan tertentu dan proses itu tidak boleh dijalankan tanpa melihat keadaan tersebut dalam menjamin hasil yang diinginkan.

 

 

 

PBAPP dalam pada itu turut menyeru pengguna di Pulau Pinang untuk menjimatkan penggunaan air dalam tempoh ini.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD