PDC agih 100 bakul makanan kepada golongan memerlukan

Admin

PERAI – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang mengagihkan sebanyak 100 bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi Kerajaan Negeri itu.

Program yang berlangsung pada 6 Ogos lalu itu dianjurkan dengan kerjasama Mutiara Foodbank dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Chai Leng.

Prof. Dr. P. Ramasamy menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada golongan memerlukan sambil disaksikan oleh Aziz Bakar (kanan sekali).

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy berkata sumbangan yang dihulurkan oleh PDC amat bertepatan di kala penduduk Pulau Pinang sedang berdepan dengan peningkatan mendadak kos harga barangan mutakhir ini.

“Tahniah diucapkan kepada pihak PDC atas usaha mulia dengan melancarkan program agihan bakul makanan Mutiara Foodbank kepada golongan yang memerlukan.

“Program sebegini pastinya dapat mengurangkan beban rakyat terutamanya mereka yang kurang memerlukan.

“Justeru, adalah diharapkan PDC dapat memperluaskan lagi program ini ke seluruh negeri Pulau Pinang supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri II ketika merasmikan program tersebut dekat Dewan MPKK Taman Chai Leng di sini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PDC, Dato’ Aziz Bakar dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (PDC), P. David Marshel.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : J. PATMAVATHY