PDC agih bubur lambuk kepada orang awam sempena Ramadan

Admin

BAYAN BARU – Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada orang awam bersempena bulan Ramadan di sekitar Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Pengerusinya, Mohd. Bazid Abd Kahar berkata, program tersebut diusahakan oleh Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam PDC, Nazril Ghulam Hussain.

“Program pada hari ini dianjurkan bersempena ulang tahun ke-50 PDC.

“Saya percaya program pengagihan bubur lambuk ini akan dianjurkan setiap tahun sebagai usaha PDC dalam menjalankan tanggungjawab korporat sosial (CSR),” ujarnya ringkas.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI