PDRM, ATM terima sumbangan Aidilfitri

Admin

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Pulau Pinang hari ini menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri masing-masing berjumlah RM10,000 daripada Kerajaan Negeri.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman kepada Timbalan Ketua Polis Kontinjen Pulau Pinang, Deputi Komisioner Datuk Abdul Aziz Abdul Majid mewakili PDRM, dan Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Halim Khalid mewakili ATM dekat Komtar, sebentar tadi.

Ahmad Zakiyuddin berkata, sumbangan tahunan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah sebagai menghargai komitmen pasukan keselamatan yang komited dalam menjaga keamanan negeri.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin.

Dalam pada itu, Abdul Aziz dan Mohd. Halim merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas sumbangan wang tunai kepada warga PDRM dan ATM di negeri ini.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD
Video : LAW SUUN TING