Pelajar mesti cemerlang akademik, pandai baca Al-Quran – Syerleena

Admin
bedae5da a541 4216 8c9d f1ac8952b976 SYERLEENA Abdul Rashid merakamkan gambar dengan para pelajar seusai Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong di sini pada 4 April 2024.

SEBERANG JAYA – Pelajar yang beragama Islam mestilah cemerlang akademik sejak di bangku sekolah rendah serta pandai membaca Al-Quran.

8a63ed11 d41e 4121 8293 dffee5f4d504
SYERLEENA Abdul Rashid

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Khatam Al-Quran serta Acara Penyampaian Duit Raya Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong di sini pada 4 April 2024.

“Saya cukup berbangga melihat semangat serta komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak bagi membina asas yang kukuh dalam membentuk generasi berakhlak mulia.

“Di bangku sekolah, pelajar mesti pandai belajar dan pandai membaca Al-Quan,” ujarnya sambil mengharapkan penganjuran program Al-Quran dalam dimasukkan dalam kalender aktiviti tahunan peringkat sekolah.

Di samping itu, beliau berkata Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebenarnya turut komited dalam memartabatkan kedudukan Islam dan umatnya dalam kerangka Perlembagaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM21.48 juta untuk kegunaan pembangunan berkaitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

“Daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM10.18 juta telah diluluskan tujuan menambah baik serta mengubah suai (infrastruktur) masjid dan surau di seluruh negeri Pulau Pinang.

“Jadi, ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan kedudukan agama Islam di negeri Pulau Pinang,” jelasnya lagi.

Turut berucap, Penolong Kanan Pentadbiran SKTT, Kulsom Nagoorgany yang juga pemangku Guru Besar sekolah berkenaan.

e9a71dba ce61 411c 9835 ba2ddf69b22f
KULSOM Nagoorgany
080d426b 5314 4d93 9ed8 bf08b96aa882
USTAZ Hishamuddin Shaari (tengah) membimbing sekalian pelajar dalam Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SKTT di sini pada awal pagi tadi.

Sebelum itu, Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah melibatkan pelajar sendiri dengan bimbingan guru bertauliah, Ustaz Hishamuddin Shaari.

Dengan diiringi Kulsom dan barisan guru SKTT lain, Syerleena kemudiannya menyampaikan duit raya Aidilfitri RM5 seorang kepada 399 murid terpilih.

Oleh :ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS