Pelajar perlu bantuan rawatan RM35,000

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

MOHD. Fahmi Abdul Wahab ketika melawat Nur Liyana Zulkifli di kediaman mereka di sini baru-baru ini.
MOHD. Fahmi Abdul Wahab ketika melawat Nur Liyana Zulkifli di kediaman mereka di sini baru-baru ini.

SUNGAI DUA – Nasib yang menimpa pelajar, Nur Liyana Zulkifli, 15, yang baru selesai menjalani pembedahan ekoran penyakit ‘plexiform neurofibromatosis’ (sejenis penyakit von Recklinghausen) yang dihidapinya memperoleh perhatian khas Pegawai Penyelaras Kawasan (PPK) Dewan Undangan Negeri Sungai Dua di sini baru-baru ini.

PPK, Mohd. Fahmi Abdul Wahab yang mengadakan lawatan khas ke kediaman Nur Liyana berasa amat simpati dengan nasib pelajar tingkatan tiga berkenaan dan juga keluarganya yang tidak mampu menampung kos pembedahan berjumlah RM35,000.

Menurut bapa Nur Liyana, Zulkifli M.S. Ismail, beliau dan keluarga lazimnya bersyukur dengan kejayaan pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur tersebut.

“Alhamdulillah, pembedahan tersebut berjaya, walaupun bukan 100% ketumbuhan tersebut dibuang. Selepas ini, dia (Nur Liyana) masih perlu buat rawatan susulan.

“Ekoran pendapatan saya yang sederhana, kami sekeluarga tidak mampu menanggung keseluruhan kos rawatan tersebut,” ujar Zulkifli di sini baru-baru ini.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan kepada adik Nur Liyana, bolehlah hubungi Mohd. Fahmi di talian 019-477 6740 bagi maklumat lanjut.