Bantu ringan beban ibu dua anak

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

R.S.N. RAYER (berdiri, tengah) menyampaikan sumbangan b e r u p a k a n cek bernil a i RM300 kepada Suriana Azman (kiri sekali) bagi meringankan b e b a n suami serta keluarganya di sini baru-baru ini.
R.S.N. RAYER (berdiri, tengah) menyampaikan
sumbangan berupakan cek bernilai RM300 kepada
Suriana Azman (kiri sekali) bagi meringankan
beban suami serta keluarganya di sini baru-baru
ini.

SERI DELIMA – Bagi ibu kepada dua cahaya mata, Suriana Azman, 32, beliau pasti tidak menduga kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer ke kediamannya di Taman Tun Sardon baru-baru ini membawa perkhabaran gembira.

Kunjungan Rayer bukan sahaja untuk bertanya khabar suaminya yang terlantar koma, malah, turut menghulurkan bantuan sumbangan kerusi roda dan barangan keperluan asas berupa beras, susu, gula dan beberapa barangan lain.

Pada masa sama, Rayer turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 kepada Suriana yang bekerja sebagai pembantu maklmal di salah sebuah sekolah di sini bagi meringankan bebanan ditanggungnya.

“Sudah menjadi pegangan saya untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat, tanpa mengira latar belakang politik dan ras”.

“Malah, masalah yang dihadapi rakyat, menjadi keutamaan bagi memastikan masyarakat awam khasnya di kawasan Seri Delima menikmati keselesaan hidup,” ujar Rayer yang sering mendekati masyarakat setempat dengan mengadakan lawatan ke pasar malam, pasar hari dan kediaman sekitar kawasan Seri Delima.

Tambah beliau lagi, bagi memastikan masyarakat setempat hidup dengan selesa dan sihat, beliau giat mendapatkan bantuan secara holistik bagi jangka masa panjang daripada agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sebarang bentuk bantuan adalah dialu-alukan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dan memerlukan dapat dibantu,” ujar beliau yang turut menegaskan bahawa seorang wakil rakyat perlu bergerak secara aktif dalam memastikan penduduk di kawasan diwakili dapat menikmati kehidupan yang selesa dan terjamin.

Bagi individu atau pihak yang ingin menyumbang, boleh hubungi beliau di talian 04 – 659 5611 atau 012 – 486 2552 atau emel, [email protected].