Pemenang peraduan mewarna & teka silang kata bakal diumum

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Peraduan Bakat Si Cilik – Mewarna 2.0 secara rasminya ditutup pada 31 Julai lalu dengan penerimaan sebanyak 1,492 penyertaan di sini baru-baru ini.

Peraduan yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tersebut dilangsungkan bermula pada 1 Mac lalu.
Saringan awal penyertaan telah diadakan dengan pemilihan 50 pemenang untuk ke peringkat akhir yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Hadiah utama adalah merupakan wang tunai bernilai RM200 diikuti, kedua (RM150), ketiga (RM100) dan 20 saguhati.

Sementara itu, peraduan Teka Silang Kata – Sejarah Pulau Pinang yang berlangsung pada 1 Februari hingga 30 Jun 2015 juga memperlihatkan sambutan memberangsangkan dengan 2,221 penyertaan secara keseluruhan.

Selain mencabar minda melalui 14 soalan berkaitan sejarah Pulau Pinang, peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 tersebut juga mengkehendaki seseorang peserta melengkapkan slogan secara kreatif.

Nantikan pengumuman barisan para pemenang daripada pihak sidang redaksi Buletin Mutiara. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon.