GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC mengambil tindakan drastik ‘merehatkan’ Ketua Jurulatih, Wan Rohaimi Wan Ismail berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan tersebut diumumkan menerusi laman sosial rasmin Penang FC (officialpenangfc) susulan kekalahan kepada Melaka FC di Stadium Bandaraya petang tadi.
Menerusi hantaran tersebut juga, posisi Wan Rohaimi akan dikendalikan oleh Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag.
Pada aksi sebelah petang tadi, Penang FC terlebih dahulu menjaringkan gol pertama menerusi kapten pasukan, Stefano Brundo pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti.

Selang 10 minit kemudian Melaka FC menjaringkan gol penyamaan seterusnya gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan Penang FC menduduki tangga ke-11 carta Liga Super dengan satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.