Penduduk perlu jaga kemudahan taman rekreasi baharu Taman Bukit Jambul

Admin
img 5851

BATU UBAN – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mahu penduduk setempat terutamanya di Taman Bukit Jambul menghargai kemudahan taman rekreasi baharu bernilai RM714,000.

 

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan tanggungjawap menyediakan kemudahan yang terbaik demi manfaat komuniti setempat.

 

“Taman ini sudah siap 95 peratus, cuma tinggal beberapa lagi bahagian seperti papan tanda, lampu dan beberapa perkara lagi.

 

“Jadi saya ingin menyeru penduduk setempat untuk sama-sama menjaga kemudahan yang kerajaan sediakan ini.

img 5832

“Setakat ini pada pemerhatian terdapat beberapa isu kebersihan, aktiviti minum arak dan vandalisme, rakyat perlu berubah dengan adanya kesedaran sendiri,” ujar Tze Tzin ketika melakukan lawatan tapak ke Tanah Lapang Taman Bukit Jambul di sini pagi tadi.

img 5862

Turut hadir, Ahli Majlis bagi MBPP, Chan Soon Aun.

 

Mengulas mengenai pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), beliau tidak melihat ia sebagai satu keperluan.

 

“CCTV dalam perkara ini tidak membantu, yang penting masyarakat kena sedar, kalau mahu tempat ini kekal cantik, perlulah sama-sama menjaganya,” katanya lagi.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD