Pengamal media dirai penuh gilang-gemilang sempena Aidilfitri

Admin

MALAM APRESIASI MEDIA… Para pengamal media Pulau Pinang dirai dalam sebuah majlis gilang-gemilang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Chow Kon Yeow mendedangkan lagu Seloka Hari Raya sebagai gimik pembuka acara.

Selain jamuan makan, pengamal media juga dihiburkan dengan pelbagai acara menarik seperti persembahan pentas, kuiz dan permainan serta cabutan bertuah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebelum itu menyempurnakan acara gimik dengan mendendangkan lagu Seloka Hari Raya.

Sesi swafoto bersama-sama Kon Yeow mengakhiri majlis pada malam ini.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALVIE CHENG
Video : CHAN KOK KUAN