Pengetahuan cegah kebakaran perlu disampaikan kepada semua

Admin

SUNGAI PINANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim berharap pengetahuan cegah kebakaran asas yang diperolehi ketika satu hari berkursus dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.

 

Beliau berkata demikian ketika melawat Kursus Asas Taklimat Pencegahan Kebakaran Asas dan Kesedaran di Balai Bomba Jalan Perak 30 April lalu.

 

“Saya harap selepas mendapat ilmu, para peserta dapat balik sampaikan kepada ahli keluarga, kawan-kawan mengenai pencegahan kebakaran asas.

 

“Ini penting kerana, seperti mana kita tahu, kebakaran boleh mengancam nyawa dan harta benda, dari situ semua orang boleh jadi ‘barisan hadapan’,” ujar Siew Khim kepada pemberita di sini baru-baru ini.

 

Difahamkan kursus tersebut melibatkan pasukan 50 orang terdiri daripada CDERT Sungai Pinang dan Bomba Sukarela Lebuh Bakau dan Lorong Perak.

 

Tambah Siew Khim, sebelum ini kursus sama turut diadakan melibatkan RELANITA kawasan Sungai Pinang.

Pada program sama, Siew Khim juga menyampaikan kek dan cenderahati kepada Timbalan Ketua Balai Bomba Jalan Perak, Fadzil Abdullah sempena Hari Bomba Sedunia yang disambut baru-baru ini.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD