Pengumpul mangkuk tingkat catat rekod

Admin

GEORGE TOWN – Usaha pasangan suami isteri mengumpulkan mangkuk bertingkat atau lebih dikenali sebagai ‘sia’ oleh orang Utara Semenanjung sebagai bekas makanan memperoleh pengiktirafan Malaysia Book of Records di sini baru-baru inii.

Pengiktirafan tersebut direkodkan sebagai hasil pengumpulan terbesar mangkuk tingkat yang turut dipamerkan pada pameran Mangkuk Tingkat di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang bermula Mei hingga Julai ini.

Pasangan terbabit, J. Prakash dan isterinya M. Punitha berjaya mengumpul lebih daripada 185 buah mangkuk tingkat pelbagai bentuk, saiz dan warna yang digunakan sejak zaman-berzaman dan merupakan simbol kepada semangat persaudaraan kiriman buah tangan atau silaturrahim.

Punitha ketika ditemui berkata, mangkuk tingkat adalah barangan wajib dibeli apabila beliau melancong.

“Mangkuk tingkat ini ada yang dibeli dari Jepun, India, Cina dan lainlain,” ujarnya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy yang hadir memuji usaha dan kesungguhan pasangan berkenaan.

“Barang warisan perlu dijaga untuk generasi akan datang.

“Penggunaan mangkuk tingkat lebih baik daripada polimer, malahan, ianya boleh digunakan dalam jangka panjang,” ujarnya

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-sekolah Tamil, Datuk Dr. Anbalaga.n