Pengunjung Pasar Awam Batu Lancang faham PKP, berdisiplin – ADUN

Admin

BATU LANCANG – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong memberitahu, keadaan pasar petang di Pasar Awam Batu Lancang sememangnya terkawal sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan 18 Mac lalu.

Katanya, keadaan dan disiplin di pasar tersebut amat terkawal dan memahami kehendak PKP dalam mengelakkan wabak pandemik COVID-19.

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat memainkan peranan menjaga jarak selamat sejak hari pertama lagi.

“Kita cuma benarkn 50 orang pelanggan sahaja berada dalam pasar dalam satu-satu masa, bahagian belakang akan maklum berapa orang keluar sebelum bahagian depan membawa masuk jumlah yang sama.

“Bahagian luar dan dalam dikawal oleh MPKK, pengunjung juga perlu menjaga jarak satu meter kerana kita nak banteras dan putuskan rantaian COVID-19 ini.,” ujar Ah Teong dalam satu tinjauan di Pasar Awam Batu Lancang tengah hari tadi.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan pengunjung untuk membeli barangan untuk kegunaan tiga hari.

“Jangan datang hari-hari, sekali beli untuk tiga hari tanpa fikir panjang dan memakan masa yamg lama,” katanya lagi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : CHAN KOK KUAN

Video : LAW SUUN TING