Penjawat awam Pulau Pinang dapat ‘bonus’ setengah bulan gaji, umum Ketua Menteri

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan minimum RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Disember ini.

KETUA Menteri

Semasa membentangkan Bajet 2024 Pulau Pinang, Kon Yeow menyatakan bahawa seramai 3,867 penjawat awam negeri akan mendapat BKK yang membawa implikasi kewangan RM6.045 juta kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Exco Kewangan, Ekonomi & Tanah dan Komunikasi itu menberitahu bahawa pemberian BKK tersebut adalah sebagai penghargaan kepada penjawat awam negeri atas dedikasi, integriti dan komitmen mereka melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan turut mengumumkan pemberian BKK RM300 seorang kepada Penyelia dan Guru KAFA, Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Guru serta Staf Sekolah Persendirian Cina yang membawa implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM1.0056 juta.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MOHAMAD AMIR IRSYAD OMAR