Pensijilan PGC untuk Pejabat Hijau

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNBagi mewujudkan tahap rendah karbon, hijau, bersih dan persekitaran yang sihat bekerja di pejabat, Penang Green Council (PGC) melalui PGC Strategies Sdn. Bhd. melancarkan Projek Pejabat Hijau bersempena penganjuran Penang Green Expo 2012 di sini baru-baru ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow pada majlis sidang media menyatakan bahawa, objektif penganjuran tersebut adalah untuk menyokong visi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang hijau, bersih, sihat dan selamat dengan mengamalkan konsep ‘Pejabat Hijau’.

“Objektif skim pensijilan PGC adalah untuk penyokong hasrat dan visi Kerajaan Negeri dengan mengamalkan konsep ‘Pejabat Hijau’ melalui pendidikan dan pelaksanaan inisiatif hijau di pejabat.

“Sebuah jawatankuasa merancang dan melaksana projek telah ditubuhkan. Sebanyak lapan kriteria akan dinilai. Pejabat yang telah diperakui akan diberikan plak dan sijil perakuan pada April 2013 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia kelak,” ujarnya.

Hadir sama, Pengarah PGC selaku Pengerusi Komuniti Projek Pejabat Hijau, Pat Chung, Pengurus Besar PGC dan Thing Siew Shuen.

Dalam pada itu, Pat berkata, projek tersebut bakal melahirkan masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial, menggalakkan perubahan tingkahlaku dan minda.

Justeru, kita (PGC) mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk turut serta di dalam projek ini.

“PGC bersama penaja utama, Kinoca Minolta dan Tetra Pak menyediakan 1,000 kit permulaan percuma untuk diedarkan kepada wakil-wakil syarikat yang berminat untuk turut serta,” jelas Pat.

CHOW Kon Yeow (duduk, tengah) menunjukkan poster projek Pejabat Hijau kepada Pat Chung (duduk, kiri sekali) pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (duduk, tengah) menunjukkan poster projek Pejabat Hijau kepada Pat Chung (duduk, kiri sekali) pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.