Pertukaran idea P. Pinang & Australia

JALINAN….Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di Komtar di sini baru-baru ini.

Kupa yang turut ditemani Konsul Kehormat Australia di Pulau Pinang, Datuk Ar. Vincent Loh Khee Lian, Kaunselor Pesuruhjaya Tinggi Australia, Ridwaan Jadwat dan Setiausaha kedua beliau, Michael Helleman meluangkan masa hampir satu jam bersama-sama Guan Eng.

Pada pertemuan tersebut, Guan Eng dan Kupa sempat bertukar-tukar pendapat dan idea mengenai perkembangan ekonomi semasa di Pulau Pinang dan Australia.

MILES Kupa (kiri) bertukar cenderamata dengan Ketua Menteri sempena kunjungan hormat beliau ke sini baru-baru ini.
MILES Kupa (kiri) bertukar cenderamata dengan Ketua Menteri sempena kunjungan hormat beliau
ke sini baru-baru ini.