Penyertaan Kejohanan Wushu Tradisional Pulau Pinang 2019, dibuka sehingga 8 September ini

SEBERANG JAYA – Penyertaan bagi Kejohanan Wushu Tradisional Pulau Pinang 2019, dibuka sehingga 8 September ini umum Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee.

Program sukan yang akan berlangsung pada 21 dan 22 September ini bertempat di konkos utama Mydin Mall pada jam 10:30 pagi sehingga 9:30 malam.

Lip Chee berkata tema sukan bagi bulan September adalah sukan ‘Wushu’.

“Wushu merupakan satu sukan yang kian aktif dalam kalangan rakyat Malaysia dan aktiviti sukan yang sesuai dengan orang ramai.

“Mempelajari serta melatih diri dalam sukan wushu bertujuan untuk melindungi diri dan juga sangat baik terhadap aspek kesihatan.

“Latihan wushu juga menjadikan badan yang cergas, otak yang cerdas serta dapat melatih fleksibiliti dan meningkatkan sistem pernafasan,” katanya semasa sidang media dekat Mydin Mall baru-baru ini.

Hadir sama, Wakil Persatuan Wushu dan Tarian Singa Pulau Pinang, Khor Han Chong dan Pengurus Mydin Mall Cawangan Bukit Mertajam, Ali Wansyah Abdullah.

Justeru, Lip Chee menjemput semua warga negeri yang berusia dari tujuh tahun sehingga 70 tahun untuk menyertai program sukan ini.

“Yuran pendaftaran adalah RM10 bagi acara pertama dan juga acara kedua,” ujarnya yang juga Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

Bagi yang berminat untuk menyertai acara sukan ini, boleh menghubungi Khor Han Chong di talian 016-8452925.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: NUR AMIRAH HUSNA ROSLAN