Perasmian & Tandatangan Perjanjian Antara ZPP dan Usahawan Asnaf

Oleh : MOHD. WARDI RAMLI

Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf & Ekonomi ZPP

SEBERANG JAYA – Baru-baru ini Majlis Perasmian Dan Tandatangan Dokumen Perjanjian Antara Zakat Pulau Pinang Dan Usahawan Asnaf telah diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Salleh bin Man dan turut hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain.

Program usahawan asnaf ini adalah projek kerjasama antara Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan syarikat Sidratul Corporation Sdn. Bhd. dengan permulaan melantik 11 orang asnaf menjadi perintis untuk menjalankan perniagaan Magic Coffee dan Putu Buluh di sekitar Seberang Perai.

Program ini merupakan salah satu daripada beberapa program agihan zakat dalam membantu asnaf di Pulau Pinang.

InshaAllah dalam tempoh empat bulan, dengan tekad dan azam beserta komitmen semua pihak, Zakat Pulau Pinang mensasarkan seramai 100 orang usahawan asnaf akan berjaya membuka perniagaan ini di seluruh Pulau Pinang.

Sebarang pertanyaan atau manamana asnaf yang berminat dengan program ini, boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi di talian terus 04-549 8155 / 8154

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);