Perlumbaan Mendaki Bukit Bendera

Admin

GEORGE TOWN– Kwong Wah Yit Poh mempelawa mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas bagi menyertai Perlumbaan Mendaki Bukit Bendera yang bakal diadakan pada 16 Jun 2013 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi.

 Penyertaan terbuka kepada orang ramai dan dibahagikan kepada lapan bahagian. Peserta dikehendaki mendaftarkan diri selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013 di kaunter penyambut tetamu Kwong Wah Yit Poh berdekatan (Lebuh Presgrave, Bayan Baru, Bukit Mertajam dan Butterworth). Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM6.00 (murid sekolah) dan RM10.00 (dewasa).

 Majlis pelepasan peserta akan berlangsung di Taman Majlis Perbandaran (Youth Park) oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Para peserta dikehendaki melalui Jalan Kebun Bunga menuju naik ke Dataran Bukit Bendera dan berakhir di Kuil Hindu Bukit Bendera.

 Pertandingan hasil kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Penang Hill Corporation (PHC), Persatuan Penduduk Bukit Bendera dan Penang Athletics Association (PAAA) menawarkan pelbagai hadiah dalam bentuk cabutan bertuah dan Sijil Penyertaan kepada mereka yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh 120 minit.