Persidangan DUN Pulau Pinang tangguh 5.50 petang

GEORGE TOWN – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14 Pulau Pinang ditangguhkan pada 5.50 petang tadi.

Yang di-Pertua Dewan, Dato’ Law Choo Kiang memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dinaik taraf dalam tempoh setahun dan sementara menunggu kerja-kerja penaiktarafan siap, persidangan akan diadakan di Dewan Sri Pinang.

Beliau dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengambil bahagian sepanjang tempoh sesi perbahasan pada kali ini.

“Dewan akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” jelasnya di Dewan pada 16 November 2018.

Persidangan kali ini mengambil masa enam hari bekerja, sejak 9 November lalu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD