Pertandingan Chingay Kebangsaan 2011 pamer keunikan Pulau Pinang

ANTARA aksi menarik yang dipersembahkan oleh salah satu pasukan bersempena Pertandingan Chingay Kebangsaan 2011 di sini baru-baru ini
ANTARA aksi menarik yang dipersembahkan oleh salah satu pasukan bersempena Pertandingan Chingay Kebangsaan 2011 di sini baru-baru ini

UNIK… Hadiah wang tunai bernilai RM5,000 menjadi rebutan para peserta Pertandingan Chingay Kebangsaan
2011 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Esplanade, Padang Kota Lama baru-baru ini.

Malah, keunikan dan kepelbagaian permainan tersebut kini bukan sahaja dipelopori oleh masyarakat Cina tetapi telah menarik perhatian dan minat golongan Melayu dan juga kaum India.

Umumnya, sejarah permainan Chingay yang berasal dari negara China telah bermula sejak 100 tahun lalu dan ianya hanya boleh didapati di dua buah negeri di dunia, salah satunya adalah Pulau Pinang. Berdasarkan keistimewaan inilah, ia menjadi produk kebanggaan sektor pelancongan Pulau Pinang untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara bagi mendekati permainan rakyat ini.