Pertandingan karom, dam haji gamat

Admin

BERTAM – Pertandingan Karom dan Dam Haji Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam disini baru- baru ini memperoleh sambutan hangat dengan penyertaan 40 penyertaan di sini.

Pertandingan anjuran Pemuda Pongsu Seribu dengan kerjasama Pejabat Pegawai Penyelaras KADUN Bertam merupakan salah satu program
bagi menyantuni masyarakat setempat.

Ekoran itu, Pegawai Penyelarasnya, Asrol Sani Abdul Razak mencadangkan supaya program tersebut diadakan pada masa hadapan dengan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di sini.

Turut serta, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Amir Md. Ghazali.