Pertandingan keceriaan landskap, terbuka kepada pengurusan berstrata di Seberang Perai 

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bakal menganjurkan Pertandingan Keceriaan Landskap Skim Perumahan Berstrata di MBSP 2022 untuk kali ketiga.

 

 

Datuk Bandar bagi MBSP, Dato’ Azhar Arshad berkata, pertandingan ini dibuka kepada semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) skim pemajuan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

 

 

“Setiap JMB dan MC  perlu mengemukakan borang penyertaan sebelum 30 Jun 2022.

 

 

“Penganjuran kali ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada JMB dan MC yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam meningkatkan kualiti alam sekitar dalam kawasan seluruh Seberang Perai di bawah Pelan Strategik Seberang Perai 2018-2022,” ujar Azhar dalam Mesyuarat Majlis Penuh MBSP dekat Menara Bandaraya, di sini hari ini.

 

Hadir sama, Setiausaha Bandaraya bagi MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid dan Ahli-Ahli Majlis MBSP.

 

Pertandingan Keceriaan Landskap Skim Perumahan Berstrata di MBSP 2022 menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000 berserta cenderamata untuk juara, RM2,000 dan cenderamata(tempat kedua) dan RM1,000 berserta cenderamata (tempat ketiga).

 

 

 Maklumat lanjut berhubung pertandingan ini,  boleh layari www.mbsp.gov.my atau hubungi 04-5497 786/787/516.

 

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI