Pertandingan memancing pikat 200 peserta

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

SEBERANG JAYA – Hadiah utama wang tunai bernilai RM777.77 menjadi rebutan 200 peserta Pertandingan Memancing 2012 di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Walaupun dimulakan seawal 7 pagi, ia langsung tidak menggugat semangat kaki pancing untuk berentap di dalam pertandingan yang julung kali diadakan hasil anjuran Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang dengan kerjasama Pejabat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam.

PPK berkenaan, Asrol Sani Abdul Razak berkata, selain bersuka-ria, objektif utama penganjuran program tersebut adalah untuk mengeratkan ukhuwah sedia ada.

“InsyaAllah, di masa hadapan kita akan mengadakan lebih banyak program-program kemasyarakatan agar rakyat berasa dekat dengan
kepimpinan masyarakat,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim; Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail; Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, Johari Kassim dan Penghulu Daerah, Hafizi Mohamad.

Hadiah utama dimenangi, Rosli Md. Saad; Naib Johan, Mohd. Ah-Anshari; Ketiga, Rozman Ismail dan Keempat, Mohd. Reduan Ahmad.

JOHAN Pertandingan Memancing 2012 menunjukkan hadiah dimenangi sambil diperhatikan Law Choo Kiang (tiga dari kiri) dan Abdul Malik Abul Kassim (dua dari kiri) di sini baru-baru ini.
JOHAN Pertandingan Memancing 2012
menunjukkan hadiah dimenangi sambil
diperhatikan Law Choo Kiang (tiga dari kiri) dan
Abdul Malik Abul Kassim (dua dari kiri) di sini
baru-baru ini.