JKKK, PPS & Briged Permatang Pauh dihargai

Admin
MANSOR Othman (dua dari kiri) turut menjamu selera bersama penduduk setempat pada Majlis Santai Bersamasama Ahli-ahli JKKK, PPS Penanti dan Briged Permatang Pauh di Penanti di sini baru-baru ini.

PENGHARGAAN… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman baru-baru ini menganjurkan Majlis Santai Bersama-sama Ahli – ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Penanti dan Briged Permatang Pauh di Penanti baru-baru ini.

Program tersebut diadakan bagi menghargai penat lelah yang telah dicurahkan oleh kepimpinan komuniti terhadap penduduk setempat. Malah, ia juga bagi merapatkan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat dan kepimpinan komuniti di samping menanamkan sifat gotong-royong.

“Alhamdulillah, walaupun dengan notis pendek kita berjaya menganjurkan program santai ini, hebat kepimpinan setempat.

“Lauk-pauk yang disediakan secara gotong-royong oleh JKKK Padang Ibu memang menyelerakan dan sedap,” seloroh Mansor yang
sememangnya menggemari gulai ikan temenung lemak.

Dalam program yang sama, beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I turut menyampaikan set baju korporat kepada semua JKKK di Penanti.

Antaranya, JKKK Padang Ibu, JKKK Sungai Lembu, JKKK Kampung Mengkuang, JKKK Kubang Ulu Kuala Mengkuang, JKKK Kampung Tun Sardon, JKKK Tanah Liat Mukim 9, JKKK Mengkuang Titi dan JKKK Guar Perahu.

MANSOR Othman (dua dari kiri) turut menjamu selera bersama penduduk setempat pada Majlis Santai Bersamasama Ahli-ahli JKKK, PPS Penanti dan Briged Permatang Pauh di Penanti di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (dua dari kiri) turut
menjamu selera bersama penduduk
setempat pada Majlis Santai Bersamasama
Ahli-ahli JKKK, PPS Penanti dan
Briged Permatang Pauh di Penanti di
sini baru-baru ini.