Pesta Durian 2012 meriah

 

 

KETUA Menteri (tiga dari kiri) ditemani Abdul Halim Hussain (dua dari kiri)  dam barisan Exco negeri memerhatikan durian bermutu tinggi yang terdapat di Anjung Indah di sini baru-baru ini.
KETUA Menteri (tiga dari kiri) ditemani Abdul Halim Hussain (dua dari kiri) dam barisan Exco negeri memerhatikan durian bermutu tinggi yang terdapat di Anjung Indah di sini baru-baru ini.

BALIK PULAU – “Durian menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik,”ujar Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng sempena Pelancaran Pesta Durian 2011 di Anjung Indah, baru-baru ini di sini.

Turut hadir memeriahkan Pesta Durian, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Senator Dr. Syed Husin Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Danny Law Heng Kiang dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri kini dalam perancangan menjadikan Balik Pulau sebagai lokasi tumpuan bagi Pesta Durian bagi tahun-tahun mendatang. Umum mengetahui bahawa durian di Balik Pulau merupakan durian terbaik di Malaysia dan ia boleh dijadikan sebahagian ikon pelancongan Negeri Pulau Pinang.