PGC umum pertandingan Raja Chef Hijau

Oleh: SITI FAIRUZ YAHAYA


GEORGE TOWNPenang Green Council (PGC) akan menganjurkan pertandingan memasak buat tahun pertama dengan tema “Menerokai Rasa Yang Sihat” sempena Ekspo Hijau Pulau Pinang 2013.

Pengarahnya, Teh Yee Cheu berkata, pertandingan itu anjuran bersama anjuran bersama dengan Jasper Promenade Sdn. Bhd. dengan penajaan oleh Vees Marketing Sdn. Bhd., Yuen Chun Manufacturing Sdn. Bhd. dan Tastefully Food & Beverage Expo.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah berkata pertandingan itu dihatap dapat melahirkan gaya hidup
sihat dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Hari ini, ramai orang mengalami masalah berat badan disebabkan oleh pengambilan makanan segera (fast food) yang berlebihan.

“Faktor utama penyumbang kepada penyakit pada masyarakat kini adalah pengambilan diet yang tidak betul, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, serat dan bijirin yang tidak mencukupi,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, saingan itu diharap turut dapat mempromosi amalan pemakanan berasaskan sayur-sayuran yang dikatakan mampu mengurangkan kesan karbon serta menjimatkan tenaga.

Yee Cheu turut mengumumkan nama Ketua Juri, Philip Yoong (selebriti Chef Pulau Pinang), Dennis Terng (Pengarah Urusan Jasper Promenade), Harries Chong (Vees Marketing – belum ditentukan lagi) dan Khoo An Jo (Ketua Pakar Pemakanan, Ketua Dietetik & Perkhidmatan Makanan Hospital Lam Wah Ee).

Penyertaan dibukan kepada seluruh warganegara berusia 18 tahun dan ke atas.Peserta bawah umum itu perlu ditemani waris jika ingin turut serta.

Mereka diminta menyiapkan tiga jenis hidangan berasaskan bihun atau mee, sayur-sayuran dan sup dalam tempoh 90 minit.

Beliau berkata, pemenang membawa pulang hadiah Fuzzy Logic Intelligent Cooker bernilai RM988, hamper sumbangan Yuen Chun bernilai RM138 dan RM168 serta baucar tunai sumbangan Jasper bernilai RM200 beserta sijil penyertaan.