Pilih pemimpin yang jamin kesejahteraan

Admin
anTaRa penduduk yang hadir pada Majlis Mesra Rakyat Pucuk Pimpinan di Dewan Orang Ramai Machang Bubuk di sini barubaru ini.
ANTARA penduduk yang hadir pada Majlis
Mesra Rakyat Pucuk Pimpinan di Dewan
Orang Ramai Machang Bubuk di sini barubaru
ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : MOHD. HAFIZ TAJUDIN

MACHANG BUBUK Kestabilan politik dan ekonomi Negeri Pulau Pinang boleh dikekalkan sekiranya rakyat terus memilih pemimpin yang sedia ada bagi menjamin urus tadbir Kerajaan Negeri secara Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian ucapan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong dalam Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

“Kita (rakyat) harus menggandakan sokongan kita kepada kepimpinan Kerajaan Negeri supaya kesejahteraan hidup tanpa permusuhan antara kaum dan agama terus dikecapi untuk generasi akan datang,” kata beliau di Dewan Orang Ramai Machang Bubuk di sini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng turut berucap pada majlis kenduri rakyat sempena program Lawatan Ketua Menteri ke DUN berkenaan.

Hadir bersama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan Setiausaha Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP Ir. Rozali Mohamud.

Menurut Hock Leong, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dari Machang Bubuk turut menikmati sumbangan RM100 tiap-tiap tahun disebabkan urus tadbir Kerajaan Negeri sekarang bersih.

Itu, tidak termasuk sumbangan “oneoff” anak baru lahir RM200 bermula sejak tahun lepas berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM100 sahaja.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana inisiatif Kerajaan Negeri berusaha menyumbang RM100 kepada pelajar darjah satu dan empat serta pelajar tingkatan satu dan empat menerima layanan dingin dari sekolah tertentu di DUN berkenaan, selain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bercakap di depan lebih 300 hadirin, Guan Eng pula mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf Pasar Awam Machang Bubuk serta meminta Pejabat Daerah dan meminta MPSP mengemukakan pelan cadangan pembangunan.