Dapat papan kenyataan selepas 30 tahun

Admin

SETELAH 30 TAHUN… Ternyata sumbangan papan kenyataan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo dapat dimanfaatkan oleh penghuni rumah pangsa Taman Free School di sini baru-baru ini.

Menurut Jagdeep, rumah pangsa di Taman Free School tersebut tidak pernah mempunyai papan kenyataan sehingga menyukarkan mereka untuk menghebahkan sebarang aktiviti kemasyarakatan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di situ.

“Akhirnya setelah lebih 30 tahun, mereka kini dibekalkan sebuah papan kenyataan.

“Saya berharap penghuni rumah pangsa Taman Free School dapat memanfaatkan papan kenyataan ini dan menjaga ia dengan sebaiknya,” ujar Jagdeep yang turut serta merasmikan papan kenyataan tersebut bersama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sempena lawatan Ketua Menteri ke Parlimen Jelutong di sini.

ANTARA penduduk yang hadir pada majlis perasmian papan kenyataan di Blok M, rumah pangsa Taman Free School di sini baru-baru ini.
ANTARA penduduk yang hadir pada majlis
perasmian papan kenyataan di Blok M,
rumah pangsa Taman Free School di sini
baru-baru ini.