Pindaan Akta Orang Papa 1977 perlu bagi tangani isu gelandangan berulang

Admin
073c9079 d286 4cc3 b9bb 9319c442bc4e LIM Siew Khin (depan sekaki, duduk) menyantuni salah seorang gelandangan semasa menjalankan operasi bersepadu menyelamat gelandangan di bandar raya George Town pada awal pagi tadi.

GEORGE TOWN – Akta Orang-Orang Papa 1977 sedia ada perlu dipinda dan diteliti semula bagi memberikan punca kuasa yang lebih jelas, inklusif dan komprehensif kepada pelbagai agensi dalam menangani isu gelandangan bandar secara berkesan, khususnya membabitkan kes berulang.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, isu gelandangan yang kembali ke jalanan selepas ditempatkan di Pusat Transit Harapan (PTH) kebanyakannya berpunca daripada masalah kesihatan mental dan pengabaian keluarga.

“Kebanyakan gelandangan yang kembali berkumpul di tepi jalan merupakan pesakit mental yang dikembalikan ke komuniti selepas menerima rawatan, namun mereka diabaikan tanpa pemantauan ubat oleh ahli keluarga.

“Keadaan ini menyebabkan penyakit mereka berulang dan akhirnya menimbulkan pelbagai isu kepada komuniti sekeliling,” katanya pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Selamat Gelandangan di sini, pada awal pagi tadi.

Operasi melibat pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dari jam 1 hingga 6 pagi itu menyasarkan 15 lokasi panas sekitar pusat bandar raya seperti KOMTAR, Padang Brown dan Persiaran Gurney.

cde87888 231c 4af6 8cfc a4eda9d38c5f 460cc497 ac9a 4901 bd2e 7811c17e2478 83a49d31 1592 4b6b 8b40 22c271320ee1Seramai 46 gelandangan berusia 30-an hingga 60-an diselamatkan membabitkan 41 lelaki dan lima wanita.

Daripada jumlah itu, 18 orang dilepaskan dengan amaran, 12 tiada dokumen pengenalan diri, sembilan ditempatkan di PTH serta menjalani saringan kesihatan, manakala dua diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Dalam pada itu, Siew Khim yang juga Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN) Sungai Pinang turut menasihati orang ramai supaya menghentikan amalan memberi sumbangan secara terus di tepi jalan bagi mengelakkan pembaziran serta gangguan imej negeri.

“Orang awam yang berhasrat memberi sumbangan boleh menyalurkannya secara teratur menerusi PTH.

Di samping menyediakan tempat tinggal dan makanan, PTH turut menawarkan program padanan pekerjaan bagi membantu golongan ini memulakan kehidupan baharu,” jelas beliau.

Terdahulu, Siew Khim berkata Akta Orang-Orang Papa 1977 sedia ada perlu diteliti dan dipinda memandangkan ada elemen kelemahan dalam perundangan sedia ada yang menyukarkan koordinasi antara agensi berikutan punca kuasanya yang tidak jelas dan terhad.

Menurutnya, penambahbaikan atau penggubalan akta baharu amat diperlukan bagi memastikan setiap agensi yang terlibat sama ada dalam aspek kebajikan, kesihatan, keselamatan mahupun pendaftaran, dapat memainkan peranan masing-masing secara lebih optimum dan bersepadu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT