Polis digesa siasat WhatsApp viral fitnah Guan Eng

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa segera menyiasat satu mesej diviralkan menerusi aplikasi WhatsApp yang memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kononnya menyokong keganasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar (B) Zaidi Ahmad menggesa sedemikian selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Patani di sini barubaru ini.

“Kita sudah berikan nombor dan nama penyebar… jadi saya percaya polis dapat mengesan suspek yang dipercayai menyebarkan fitnah ini secepat mungkin.

“Saya harap tidak ada lagi alasan seperti sebelum ini yang mengatakan polis tidak cukup maklumat,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan berkaitan.

Hadir sama, Pegawai Khas & Penyelaras Agenda Ekonomi Saksama (AES), Ab. Wahab Long. Ab. Wahab menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa fitnah terbaru tersebut adalah demi memburukkan lagi imej peribadi Guan Eng.

“Kita kesal dengan tindakan ini dan seperti mana kita tahu, pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas (November 2016), Ketua Menteri sendiri meminta Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon untuk membuat usul mengecam tindakan ganas rejim Myanmar ke atas etnik Rohingya.

“Semua ADUN termasuk dari Barisan Nasional (BN) bangun menyokong usul tersebut,” jelasnya. Sejak 14 Disember lalu,

WhatsApp fitnah yang diviralkan itu antara lain menyebut: “Tindakan Aung San Suu Kyi terhadap kaum Rohingya adalah tepat. Malaysia tiada hak untuk campur tangan dan dianggap mencabul urusan negara Myanmar”.} else {