Projek pelebaran Jalan Bukit Minyak ikut jadual

Teks & Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD

MACHANG BUBOK – Projek pelebaran laluan sepanjang Jalan Bukit Minyak sehingga persimpangan Taman Kota Permai di sini masih dalam landasan waktu yang ditetapkan, meskipun terdapat sedikit kelewatan untuk memulakan projek berkaitan.

Exco Kerja Raya , Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng semasa membuat lawatan kerja ke tapak projek berkenaan memberitahu, walaupun terdapat sedikit kelewatan untuk memulakan kerja, namun pihak kontraktor memberikan jaminan projek tersebut tetap mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kelewatan memulakan projek sejak Oktober 2016 adalah disebabkan oleh proses pengambilalihan tanah dan rundingan pampasan kepada pemilik yang terlibat serta pengalihan utiliti di kawasan itu.

“Pengambilalihan tanah untuk memberi laluan kepada projek pelebaran jalan tersebut melibatkan 31 lot dengan kos sebanyak RM15 juta, manakala projek pelebaran jalan sepanjang 1.2 kilometer itu membabitkan kos sebanyak RM8 juta, menjadikan kos keseluruhan projek berjumlah RM23 juta” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon serta dua Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ong Jing Cheng dan Tan Cheong Heng.

Dalam pada itu, Chee Keong memberitahu, banyak kerja telah dijalankan bagi memastikan projek pelebaran jalan tersebut dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan sebagai memenuhi keperluan orang ramai.

“Di sini, saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa banyak kerjakerja belakang tabir seperti proses pengambilalihan tanah telah berjalan seperti dijadualkan.

“Setiap minggu pada hari Jumaat, kita akan bawakan perkara ini kepada Ketua Menteri serta Exco berkaitan, dan lawatan tapak pada hari ini adalah untuk memberikan gambaran yang jelas kepada orang ramai mengenai kemajuan projek,” jelasnya.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);