Program Bandar Selamat MPPP panduan MBPJ

Admin
PARA pegawai MBPJ tekun mendengar taklimat ringkas oleh Penolong Pegawai Perancang Kanan MPPP, Mohamed Ghouse Ibrahim (tengah) mengenai pelaksanaan ICT yang diaplikasikan oleh pihaknya bersempena lawatan kerja MBPJ ke sini baru-baru ini.
PARA pegawai MBPJ tekun mendengar taklimat ringkas oleh Penolong Pegawai Perancang Kanan MPPP, Mohamed Ghouse Ibrahim (tengah) mengenai pelaksanaan ICT yang diaplikasikan
oleh pihaknya bersempena lawatan kerja MBPJ ke sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Bagi mengkaji dan melihat sendiri keberkesanan pelaksanaan Program Bandar  Selamat yang diformulakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seramai lima Pegawai Perancang dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan lawatan kerja ke sini baru-baru ini.

Kejayaan Pulau Pinang dalam mengurangkan kadar jenayah dua tahun berturut-turut telah menarik minat pasukan kerja tersebut melihat secara praktikal dan lebih dekat keberkesanan pembangunan Information Technology (ICT) dalam sistem urus tadbir Perbandaran Pulau Pinang amnya.

Pendekatan pelaksanaan pemasangan CCTV di kawasan-kawasan hotspot yang dikenalpasti dan pengenalan kiosk keselamatan yang menghubungkan orang awam dengan pihak polis tersebut adalah merupakan satu projek perintis yang telah berjaya dalam mengurangkan statistik kes jenayah  jalanan di negeri ini.

Kerjasama erat di antara MPPP, Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat telah menjadikan projek perintis berkenaan mencapai tahap yang disasarkan. Malah, dengan adanya kemudahan kawalan keselamatan menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi sekaligus melengkapkan kemudahan infrastruktur sedia ada setanding dengan  kemudahan di bandar-bandar antarabangsa yang lainnya.

Lawatan kerja tersebut telah menjadikan Pulau Pinang sebagai satu ikon pengurusan bandar yang dinamik dan berteknologi selaras dengan hasrat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang amat membanggakan.