Program BOT ‘disembunyikan’ BN

Admin

 

GEORGE TOWN – Program Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan bantuan bernilai RM300 sebulan kepada warga emas (bersyarat) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak diuar-uarkan kepada rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buktinya, selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang, pendaftaran program BOT telah meningkat hampir sekali ganda bermula pada tahun 2008. Dari 2,471 pendaftaran pada tahun 2008, angka tersebut terus meningkat kepada 5,040 (2009), 6,472 (2010) dan 7,032 (2011).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, Program BOT yang dahulunya tidak diuar-uarkan kepada rakyat menyebabkan warga emas tidak mendapat hak mereka.

Di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), program yang wujud sejak tahun 1970-an ini telah dihebahkan dan memperlihatkan peningkatan jumlah warga emas yang mendaftar di bawah program ini,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Boon Poh memberitahu, pembayaran fasa kedua Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) fasa kedua yang telah berlangsung dari 22 Ogos hingga 15 September lalu adalah membabitkan pembayaran kepada 18,565 warga emas yang baru mendaftar di seluruh Pulau Pinang.

Ini bermakna, sehingga kini, pendaftaran PPWE sejak ia dilancarkan telah mencecah hampir 127,000 orang,” ujar beliau.

DAHULU

(KERAJAAN BN)

SEKARANG

(KERAJAAN PR)

TAHUN

JUMLAH

TAHUN

JUMLAH

2006

1364

2008

2471

2007

1966

2009

5040

2010

6472

2011 (Ogos)

7032

Perangkaan Pendaftaran Program BOT.