Projek naik taraf saliran Jalan P. Ramlee siap sepenuhnya

Admin

DATUK KERAMAT – Projek naik taraf sistem saliran di Jalan P. Ramlee yang dinaiktaraf oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) siap sepenuhnya.

 

 

Mengumumkan perkara itu, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Sing Deo memberitahu bahawa kini cuma projek meninggikan aras jalan sedang dilaksanakan di jalan berkenaan dan dijangka siap pada bulan Ogos ini.

 

Menurutnya lagi, kesemua projek berkaitan yang mula dilaksanakan Ogos tahun lalu dan tahap pemajuan kini berada pada tahap 55 peratus siap.

 

 

“Memandangkan Jalan P. Ramlee adalah kawasan rendah, perparitan di sini perlu berfungsi dengan baik bagi mengalirkan air ke Sungai Jelutong, ke Sungai Pinang dan ke laut itu pelan asal.

 

 

“Nombor dua, kita naikkan paras jalan yang telah pun kita mula, dijangka selesai bulan Ogos, dari sini boleh lihat, ia dinaikkan sekurang-kurangnya setengah meter (m).

 

“Ini apa yang kita buat di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan antara yang menelan belanja besar iaitu RM3.625 juta,” ujar Jagdeep ketika melakukan lawatan ke atas Projek Meninggikan Aras Jalan dan Menaiktaraf Sistem Saliran Di Jalan P. Ramlee pada pagi ini di sini.

 

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim; ADUN Batu Lancang, Ong Ah Teong; Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer; Pengarah Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan MBPP, Ir. A. Rajendran dan Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan Banjir) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang, G. Yogendren.

 

 

Menyentuh mengenai Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang, Jagdeep menyatakan bahawa proses reka bentuk akan disiapkan pada suku ketiga tahun ini.

 

 

“Saya mahu lihat kerja-kerja fizikal RTB Sungai Pinang bermula tahun depan, saya yakin ia boleh dilaksanakan kerana kita berada jauh dari permulaan asalnya, saya harap JPS negeri dan pusat dapat bekerjasama mempercepatkan RTB ini yang menjadi punca utama banjir di George Town ini,” katanya yang juga ADUN Datuk Keramat.

 

 

Sementara itu, Rejendran memberitahu bahawa keupayaan parit sebelum ini 0.6m hingga 0.9m kepada saiz 2.1 m dan 1.5m lebar

 

“Ini bagi melicinkan pengaliran air dari Jalan P. Ramlee ke Sungai Jelutong dengan bantuan dua unit rumah pam.

 

 

“Aras Jalan P. Ramlee yang rendah juga akan diangkat secara purata 0.5m lebih tinggi dari aras sedia ada bermula dari persimpangan Jalan Ismail Cik Matt hingga persimpangan Jalan Perak.

 

 

Selain di Jalan P. Ramlee, MBPP juga terlibat beberapa lagi projek menaiktaraf saliran seperti di Lebuh Kimberley, Jalan Pintal Tali, Lebuh Cintra, Jalan Sungai Keluang Bayan Lepas bagi untuk tahun 2021.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING