Promosi Cukai Pintu 2016, MPSP pungut RM80.75 juta

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjaya memungut cukai taksiran sebanyak RM80.75 juta sepanjang tempoh Promosi Cukai Pintu 2016 yang bermula 15 November 2015 hingga Januari 2016 dan dilanjutkan ke tarikh 29 Februari lalu.

Yang di-Pertuanya, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, jumlah itu adalah melebihi sasaran yang telah diselaras MPSP iaitu pada kadar RM74 juta.

“Daripada jumlah 42,178 akaun yang layak (menyertai cabutan bertuah), lima pemenang adalah bagi kategori bayaran secara atas talian dan 50 (kategori biasa),’’ katanya di sini baru-baru ini.

Jumlah pemenang menyertai acara cabutan bertuah pada tahun ini meningkat 12.65 peratus, berbanding Promosi Cukai Taksiran 2015 yang menerima penyertaan seramai 37,443 pembayar cukai berwajib.

Promosi Kutipan Cukai Pintu 2015 berjaya mencatatkan pungutan bayaran sebanyak RM38.54 juta melalui 112,190 transaksi daripada pembayar cukai.

} else {