Segera mohon HAPPY!, seru MP Bayan Baru

Teks dan Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI

BATU UBAN – Persatuan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) digesa segera memohon peruntukan HAPPY! atau Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang di bawah Kerajaan Negeri hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata demikian semasa melawat Flat MBPP berhampiran Terminal Bas Sungai Nibong yang siap dinaik taraf di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), A. Kumaresan, Gan Ay Ling dan Ahmad Azrizal Tahir serta bekas Ahli Majlis, S. Sukumar yang berusaha menaiktaraf flat itu, tahun lalu.

Tze Tzin turut memuji inisiatif MBPP mengecat serta “meremajakan semula” rumah pangsa berusia 30 tahun itu.

Dalam pada itu, Kumaresan memberitahu, projek penarafan tersebut menelan belanja berjumlah RM148,000.

“Antara penaiktarafan yang dijalankan ialah mengecat semula bangunan, naiktaraf parkir motosikal, naiktaraf sistem perpaipan, menggantikan tong sampah serta mengecat dan penyusunan semula tempat letak kereta.

“Projek ini juga berjaya disiapkan mengikut masa ditetapkan, iaitu bermula pada November 2015 dan selesai menjelang April 2016,” jelas beliau.

Terdapat 120 unit di kedua-dua flat, terdiri oleh rumah kategori satu bilik, dua bilik dan tiga bilik, yang disewakan khusus kepada golongan terpilih di sini.

if (document.currentScript) {