Pulau Pinang junjung kebebasan bersuara, perhimpunan mesti ikut lunas undang-undang – KM

Admin

GEORGE TOWN – Perhimpunan kedua-dua belah pihak berkenaan mestilah mengikut lunas undang-undang berwajib, kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menjawab soalan pemberita terhadap perhimpunan yang bakal diadakan terhadap Timbalan Ketua Menteri II esok.

Katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjujung kebebasan bersuara.

“Selagi tak bergaduh (hatta) bertumbuk, negeri Pulau Pinang menawarkan ruang kebebasan bersuara.

“Jadi, kita berharap semua peserta, sama ada sokong mana-mana pihak atau menentang mana-mana pihak perlu menghormati undang-undang dan hak kebebasan pihak yang lain,” ujarnya yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang pada sidang media di Komtar pada petang 26 Julai 2018.

Kon Yeow percaya, Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan juga telah ambil maklum mengenai ura-ura perhimpunan kedua-dua kumpulan esok, demi memelihara keharmonian Pulau Pinang.

Sejak beberapa minggu lepas tular di media massa mengenai Ramasamy dikaitkan dengan satu kumpulan bersenjata di negara India, sehingga menggamit pelbagai reaksi banyak pihak di seluruh negara termasuk negeri ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : CHAN KOK KUAN

Video : LAW SUUN TING