Pulau Pinang ke arah negeri mesra usia, Hari Pendidikan Awam MBPP dipuji terus mendekati rakyat

Admin
c71ed49b a6ea 40b9 a1a6 75bdcef164b0 KETUA Menteri (tiga dari kanan) dengan diiringi barisan pemimpin negeri lain semasa acara gimik perasmian edisi ketiga Hari Pendidikan Awam MBPP di Jalan Padang Kota Lama di sini pada 18 Oktober 2026.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri kini dalam usaha merangka dasar dan program Age-Friendly City (Bandar Raya Mesra Usia) sebagai persediaan mendepani cabaran status negeri menua dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

62a73d56 29e4 4678 867b 5cfb2501c2bd
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, inisiatif berkenaan sedang dipergiat bersama-sama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan agensi-agensi berkaitan.

“Inisiatif seperti Age Friendly City sedang diusahakan oleh pihak kerajaan negeri bersama-sama dengan MBPP dan MBSP serta agensi yang berkaitan.

“Semoga tidak lama lagi kita dapat menggubal dasar, program dan menggembeling tenaga rakyat untuk menyahut cabaran sebuah negeri yang akan menjadi masyarakat penua,” katanya semasa merasmikan edisi ketiga Hari Pendidikan Awam MBPP di Jalan Padang Kota Lama di sini pada 18 Oktober 2026.

efcb48f1 3261 4f5d 8493 de61c4b5c8ee
NICHOLAS Theng Ming Wai
fba8a9a1 f84c 4095 996d dfc69cc27ea5
A. Rajendran

Datuk Bandar MBPP, Datuk Ir. A. Rejentren dan Ahli Majlis MBPP merangkap Pengerusi Penganjuran Hari Pendidikan Awam 2026, Nicholas Theng Ming Wai turut berucap dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng serta sekalian Ahli Majlis bagi MBPP.

Menurut Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi, penganjuran program pendidikan awam secara berterusan amat penting sebagai platform mendekatkan PBT dengan masyarakat menerusi penyampaian maklumat dan interaksi terus.

“Kita bukan ahli silap mata yang boleh mencapai impak secara tiba-tiba, (maka) kita perlu melalui sesi penerangan dan libat urus, memimpin melalui teladan, cakap serupa fikir, fikir serupa cakap supaya rakyat bersama-sama kita membentuk perubahan tabiat (behavioral change) yang menyokong visi, program dan projek kerajaan,” tegasnya yang juga ADUN Padang Kota.

b7cbad8f c42a 4e3e 8374 01ba2ca454db 8a2d3983 216b 478a 8050 992c9501e9fa a737b12c 94f3 4b49 963d a6500979a9b1Dalam ucapan sama, beliau turut menyentuh mengenai tindakan penebangan dan pemangkasan pokok-pokok tua di sekitar negeri demi menjaga keselamatan awam dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Rasa kasihan melihat banyak pokok ditebang kerana ada yang mengambil masa sehingga 100 tahun untuk membesar.

“Namun, oleh kerana isu keselamatan, kita melaksanakan program ini secara berhemah. Bernasib baik kita menerima sokongan rakyat dan tiada halangan, kerana jika tidak dilaksanakan, insiden yang mengorbankan nyawa rakyat atau pelancong boleh berlaku,” jelasnya.

Selain itu, Kon Yeow turut memuji kesiapsiagaan MBPP yang senantiasa menjadi contoh terbaik dalam merealisasikan pelbagai inisiatif di bawah Visi Penang2030, serta konsisten meneruskan kempen kebersihan seperti Kempen Tandas Bersih sejak sekian lama.

Mengakhiri ucapan, Kon Yeow berharap MBPP dan MBSP akan terus kekal komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan seluruh warga Pulau Pinang.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT
Video : SIEW CHIA EN