Pulau Pinang sasar pengurangan 10% kemalangan maut tahunan menjelang 2020

Admin

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang mensasarkan pengurangan kadar kemalangan maut sehingga 10 peratus setiap tahun menjelang 2020 nanti.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, sejak dilancarkan Ketua Menteri pada 25 Mei 2015, pelan strategik yang menggariskan empat tonggak utama itu diimplementasikan dengan harapan kadar kemalangan maut dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus setiap tahun.

“Empat tonggak tersebut adalah mengubah sikap pengguna jalan raya, meningkatkan keselamatan bagi penunggang motosikal, keadaan jalan raya yang selamat dan mengumpul data serta maklumat bagi membantu implementasi pelan tersebut.

“(Dan) Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam negara yang memperkenalkan pelan strategik sendiri selaras dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu melihat kadar kematian akibat kemalangan dapat dibendung.

“Pada 2014, Kerajaan Negeri mengorak langkah awal menyahut cabaran dengan memperkenalkan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2014 – 2020 sebagai sebuah pelan implementasi strategik membendung kes kemalangan maut di Pulau Pinang,” ucapnya pada Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan
Trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, Deputi Supritendan Zafri Zolkapli; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang, Husni Mahmud serta wakil-wakil dari Unit Pengurusan Lalu Lintas, Bahagian Kerajaan Tempatan; Majlis Keselamatan Jalan Raya; Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); Puspakom dan lain-lain agensi terlibat.

Mengulas lanjut, Kon Yeow memberitahu, Kerajaan Negeri bukan sahaja mensasarkan pengurangan 10 peratus bagi kes kemalangan maut, malah turut merangkumi kes kematian membabitkan penunggang motosikal, pejalan kaki dan kecederaan  parah akibat kemalangan di jalan raya.

“Segala inisiatif ini akan menjadi sia-sia sekiranya tidak disokong oleh perubahan sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

“Pengguna (jalan raya) perlu menitik beratkan ciri – ciri keselamatan termasuk pemanduan selamat mengikut peraturan jalan raya dan menerapkan sikapbertanggungjawab semasa di jalan r ay a, ” k atan y a y an g tu r u t menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kementerian berwajib, agensi-agensi kerajaan, syarikat konsesi lebuh raya serta agensi penguatkuasa yang terlibat dalam menjayakan pelan strategik berkaitan.

Dalam pada itu, Hock Seng yang turut berucap pada majlis tersebut menyatakan bahawa secara purata, setiap hari satu kematian dicatatkan di Pulau Pinang akibat kemalangan jalan raya, manakala melalui Kempen Ops Selamat, jumlah
kemalangan dapat dikurangkan daripada 1,686 kes pada 2015 kepada 1,565 kes (2016).

“Walau bagaimanapun, kadar kematian meningkat daripada 13 mangsa pada 2015 kepada 21 (2016), dan 80 peratus daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

“Oleh itu, saya ingin menggesa pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengubah sikap serta pemanduan dengan mematuhi had laju, tidak melanggar lampu merah, tidak menggunakan telefon bimbit
semasa memandu dan sentiasa memakai tali pinggang keselamatan atau topi keledar bagi penunggang motosikal,” seru beliau yang kemudiannya mengedarkan rompi (vest) keselamatan pemantul cahaya, topi keledar berserta kuih
raya kepada penunggang motosikal dekat Jalan Penang di sini.

Bertemakan ‘Nyawa Dihargai, Aidilfitri Lebih Bererti’, Minggu Keselamatan Jalan Raya yang menekankan program kesedaran, pencegahan dan pemantauan akan diteruskan sehingga 2 Julai ini.

Dijangkakan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jumlah kenderaan di Pulau Pinang mencecah sehingga 1.5 juta