Relay For Life Penang 2013 kongsi mesej penting

Admin

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWNKerajaan Negeri tidak pernah lupa memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan dan individu-individu yang mempraktikkan gaya hidup sihat untuk saling berkongsi pengalaman melalui penganjuran program atau lain-lain inisiatif.

Kenyataan tersebut dinyatakan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pada majlis siding media penganjuran program tahunan, Relay For Life Penang 2013 di Taman Perbandaran Pulau Pinang di sini.

“Mesej pencegahan adalah sesuatu yang dekat di hati.

“Sebagai Kerajaan Negeri, sungguhpun tidak mempunyai dasar ke atas isu-isu utama seperti kesihatan dan pendidikan, namun, satu perkara yang dilakukan adalah melalui sokongan berterusan,’’ katanya baru-baru ini.

Relay For Life Penang 2013 merupakan acara tahunan di sini bertujuan memerangi penyakit kanser iaitu pembunuh ketiga tertinggi di dunia.

Antara organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta adalah Persatuan Kanser Kebangsaan (Cawangan Pulau Pinang) dan Persatuan Hospis Pulau Pinang Tampil sebagai penaja adalah syarikat-syarikat korporat seperti IJM Land, Sime Darby, Star Cruises, Wawasan Open University, SLE Entertainment dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Kanser Kebangsaan (Cawangan Pulau Pinang), Datuk William Ng Jit Thye.

Boon Poh memberitahu, penganjuran acara komuniti tersebut adalah bermakna apabila pihak penganjur Berjaya mengumpulkan hampir beribu-ribu pengunjung dari seluruh Pulau Pinang dan kawasan sekitar demi menyampaikan satu mesej penting.

“Kanser merupakan pembunuh ketiga terbesar, ia menjejaskan beribu-ribu penduduk di Pulau Pinang. Melalui program seperti ini, satu mesej penting dapat disampaikan.

“Acara ini memberi tumpuan kepada mesej positif. Kita tidak hidup bersendirian jika disahkan menghidap kanser, sebaliknya, terdapat banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk mencegah kanser atau mengurangkan kesannya,” ujar beliau.