RM1.5 juta naik taraf Kompleks Bukit Gedung

KOMPLEKS Bukit Gedung berwajah baru.
KOMPLEKS Bukit Gedung berwajah baru.

BATU MAUNG – Pengubahsuaian Kompleks Bukit Gedung, di sini yang siap dibina seperti yang dijadualkan menjadi satu lagi rekod urus tadbir cekap oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa merasmikan pembukaan kompleks tersebut berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi memperbaiki 56 gerai daif serta kemudahan asas lain di situ demi kepentingan rakyat.

“Saya berharap aspek kebersihan dapat diutamakan oleh peniaga. Kompleks yang sebegitu cantik ini, bolehlah saya samakan dengan taraf yang sama dengan kompleks makanan di Negara Korea.

“Ini juga merupakan bukti Kerajaan Negeri PR memberi perhatian kepada peniagapeniaga kecil macam ini.

“Saya juga ‘cemburu’ melihat keindahan kompleks ini sebab kawasan saya sendiri pun tiada macam ini,” beliau berseloroh disambut ketawa warga setempat yang hadir.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas) dan Datuk Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua Majlis bagi MPPP) turut hadir pada majlis keraian itu.

Sebelum itu, Abdul Malik berkata, kompleks tersebut boleh disifatkan antara medan makanan terbaik di Pulau Pinang memandangkan lokasi medan tersebut berdekatan ‘Free Industrial Zone’.

Manakala, Patahiyah pula memaklumkan bahawa usaha memulihara serta memelihara medan-medan makan yang lain sedang diusahakan secara berperingkat demi kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan sama, Patahiyah melahirkan ucapan tahniah kepada kontroktor berwajib kerana Berjaya menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian 10 hari dari tarikh yang dijadualkan.

Difahamkan, proses pengubahsuaian kompleks tersebut yang bermula pada November tahun lepas dijadualkan siap pada 5 November ini.

Usaha-usaha menaik taraf kompleks tersebut dituntut oleh pihak berwajib sejak tahun 1999 lagi, iaitu semasa Barisan Nasional (BN) masih menguasai Kerajaan Negeri.

Namun, Kerajaan Negeri hari ini melalui MPPP Berjaya menunaikan hasrat peniaga berwajib dan rakyat setempat berkenaan.

FAROUK Mohamed Ismail (kiri sekali) bersama ahli keluarganya
FAROUK Mohamed Ismail (kiri sekali) bersama ahli keluarganya

Sementara itu, bagi peniaga roti canai kompleks, Farouk Mohamed Ismail, 67, yang telah lama menjalankan perniagaan di sana berharap perniagaan beliau akan bertambah maju dengan penaiktarafan yang dilakukan.

“Kompleks ini memang dah terkenal dalam kalangan pekerja kilang dan penduduk berhampiran sejak sekian lama.

“Diharap dengan wajah baru ini, lebih ram ai akan berkunjung ke sini,’’ kata Farouk ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.