Rumah terbuka raikan pelanggan MPSP

Oleh: AHMAD ADIL MUHAMAD

RAI… Kira-kira 500 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bangunan MPSP, Bandar Perda Baru-baru ini.

Majlis keraian itu sebagai menghargai warga kerja MPSP serta memberi peluang kepada pelanggan MPSP dari pelbagai kaum berkongsi kemeriahan Aidilfitri.

Tetamu dijamu dengan pelbagai juadah seperti ketupat, nasi impit, rending, sate dan kuih-muih.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Maimunah Mohd. Sharif ( Yang di-Pertua MPSP), Steven Sin Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam ), Soon Lip Chee (ADUN Jawi) serta Sr. Rozali Mohamad (Setiausaha Majlis MPSP).

Pada majlis itu, para tetamu turut dihiburkan dengan lagu-lagu raya oleh kumpulan pemuzik tempatan.