KM rakam penghargaan deligasi India

Oleh: SITI FAIRUZ YAHAYA

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri menyambut delegasi 18 pegawai Perkhidmatan Luar Negara India mengadakan kunjungan sambil belajar selama dua minggu ke negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada delegasi itu kerana memilih Pulau Pinang.

“Pulau Pinang merupakan  tempat destinasi pelancongan, dan juga merupakan tempat yang telah diiktirafkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

“Bukan itu saja, di sini juga mempunyai daya tarikan seperti makanan dan tempattempat bersejarah untuk dilawati,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy turut serta dalam majlis tersebut. Sebelum itu, salah seorang wakil delegasi melahirkan rasa gembira dengan layanan mesra, peramah dan mudah berinteraksi yang ditonjolkan oleh warga Pulau Pinang.

Majlis interaksi delagasi itu dengan kepemimpinan negeri berlangsung hamper sejam.

Difahamkan, delegasi itu turut dibawa melawat beberapa destinasi pelancongan menarik di negeri berkenaan.