RUU close farming khinzir, Exco bakal kemuka sesi DUN kelak

Teks & Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

PERMATANG BERANGAN – Suatu rang undang-undang (RUU) bagi pelaksanaan peladangan ternak babi secara tertutup (close farming) akan dikemukakan dalam sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hujung tahun ini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian selepas melawat kawasan Sungai Kereh dekat Air Melintas Besar yang dipercayai tercemar dek penternakan babi di Kampung Selamat di sini baru-baru ini.

Jelas Afif, close farming penting memandangkan Pulau Pinang adalah negeri pengeksport babi dalam jumlah kira-kira 300,000 ekor setahun.

Justeru, beliau berharap Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) selaku tuan tanah beberapa ladang ternak babi berwajib dapat saling bekerjasama dengan Kerajaan Negeri demi merealisasikan pelaksanaan close farming berkaitan.

“Sebelum ini, kawasan penternakan di sini mempunyai perancangan di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tasek Gelugor yang dibawa oleh Kerajaan Pusat, tetapi ia ditarik balik.

“Saya berharap PERDA selaku tuan tanah ladang-ladang berwajib dapat saling bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Turut serta, Pegawai Vetarinar Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mior Amri Md. Noor, Ahmad Tarmizi Abdullah (Ahli Majlis bagi MPSP), Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Permatang Berangan, Ustaz Fahmi Abu Bakar dan Muhasdey Muhammad (PPK Pinang Tunggal).

Menurut Afif, sebelum ini, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan lebih 150 penternak babi terbabit, bagi menjelaskan mengenai hasrat pelaksanaan close farming.

Difahamkan, di negeri ini terdapat sebanyak 77 ladang ternak babi di Kampung Selamat, Valdor dekat Sungai Bakap (50), selain beberapa lagi ladang di Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar.

Close farming atau perladangan tertutup akan dilaksanakan demi menangani pencemaran udara dan bau di kawasan penternakan babi di negeri ini.

Penduduk Kampung Air Melintas Kecil di kawasan berhampiran, Abdul Rahim Daud, 73, yang ditemui memberitahu bahawa penduduk tempatan sejak 20 tahun lalu berdepan masalah bau busuk sepanjang dua kilometer di Sungai Kereh.

Akibatnya, kata Abdul Rahim, ada penduduk di sini mengalami batuk berterusan, sesak nafas dan alahan kulitd.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);