Sambutan hari jadi TYT pada September 2014

Admin

GEORGE TOWN – Segala acara sambutan dan Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2014 akan dizahirkan pada September ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dalam kenyataannya memberitahu bahawa penangguhan tersebut adalah ekoran sambutan Hari Jadi Rasmi ke-76 Tuan Yang di-Pertua (TYT) Negeri Pulau Pinang Tahun 2014 yang jatuh pada 12 Julai lalu adalah pada bulan Ramadan.

“Oleh kerana sambutan Hari Jadi TYT adalah pada bulan Ramadan, maka, sambutan Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua ditangguh ke bulan September 2014,’’ katanya di sini baru-baru ini.