Sebangsa, Sejiwa, Senegara

 

Sambutan di puncak Bukit Bendera
Sambutan di puncak Bukit Bendera

MERIAH & PENUH BERMAKNA…Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang disambut dengan meriah dan penuh bermakna dalam dua majlis berasingan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Simbolik sambutan yang diadakan di puncak Bukit Bendera adalah dengan melepaskan 49 ekor burung merpati oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri.

HADIRIN yang turut serta dalam majlis sambutan khas.
HADIRIN yang turut serta dalam majlis sambutan khas.

Dalam pada itu, kemuncak sambutan adalah acara khas yang dilangsungkan di Padang Kota Lama di sini. Dengan teknologi 3D video projection mapping yang dibawa Penang Global Tourism, Bangunan Dewan Bandaran bertukar wajah dengan sinaran cahaya lampu pelbagai warna.

GOLONGAN kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menyertai sambutan Hari Malaysia di Bukit Bendera.
GOLONGAN kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menyertai sambutan Hari Malaysia di Bukit Bendera.

Turut diumumkan pada majlis tersebut adalah pemenang-pemenang perarakan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini.

Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pulau Pinang menjuarai kategori sektor awam; Telekom Malaysia Bhd. (kategori swasta & pertubuhan bukan kerajaan); Universiti Teknologi Malaysia Pulau Pinang (kategori institusi pengajian tinggi & latihan); Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Chung Ling (kategori badan beruniform sekolah) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Pulau Pinang (kategori pancaragam sekolah).

DIF-dif jemputan kehormat yang menyerikan malam sambutan Hari Malaysia di Padang Kota Lama.
DIF-dif jemputan kehormat yang menyerikan malam sambutan Hari Malaysia di Padang Kota Lama.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan barisan Exco Kerajaan Negeri turut hadir menyerikan majlis diadakan.

TRANSFORMASI Bangunan Perbandaran dengan Cahaya & Irama Raya sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang.
TRANSFORMASI Bangunan Perbandaran dengan Cahaya & Irama Raya sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang.