SEMICON 2016, 26 – 28 April

PANTAI JEREJAK – Pameran semikonduktor terbesar Asia Tenggara tahun kedua, SEMICON Southeast Asia 2016 (SEMICON) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) dekat Bayan Baru pada 26 hingga 28 April ini dijangka menerima 7,500 perwakilan serta pengunjung.

Pengarah investPenang, Datuk Lee Kah Choon berkata, Kerajaan Negeri berharap kerjasama erat semua pihak dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), termasuk 1,900 syarikat yang menganggotai gabungan persidangan tahunan tersebut dapat terus disemarakkan di negeri ini.

“Tahun lepas, sektor E&E Pulau Pinang menyumbang 65 peratus daripada (keseluruhan) jumlah pelaburan negeri. (Pelaburan E&E Pulau Pinang) ini adalah (menyamai) lebih 50 peratus daripada jumlah pelaburan sektor (E&E) di Malaysia, dalam tempoh sama (kini).

“Memetik laporan statistik yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan dalam sektor E&E negara pada tahun 2014 adalah berjumlah 43.6 peratus.

“Eksport E&E negara pada tahun sama adalah berjumlah RM256.1 bilion, iaitu menyumbang kira-kira RM43.6 peratus daripada jumlah eksport pengilangan di tanah air ini.

“Walaupun kelembapan jualan semikonduktor (di peringkat) global, eksport produk semikonduktor Malaysia kekal memberangsangkan, kerana memberi tumpuan pada bidang berkaitan (Internet Untuk Segalagalanya) Internet of Things (IoT) serta tukaran mata wang asing yang menguntungkan,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Menurut Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri itu lagi, persidangan kali ini akan membabitkan pameran lebih besar berbanding tahun lalu, dengan partisipasi beberapa firma semikonduktor dari Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan negara jiran Singapura.

Kali pertama persidangan tersebut diadakan adalah pada 23 dan 24 April 2015 dengan menerima lebih 7,000 perwakilan serta pengunjung.

} else {